Sunday 10 March 2013

PERISTIWA PAHIT NEGERI DI BAWAH BAYU


LAHAD DATU: PENCEROBOH BERSENJATA
MULAKAN DAHULU SERANGAN - PM
Pekan, 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata kumpulan penceroboh bersenjata di
Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu
memulakan serangan terhadap pasukan
keselamatan Malaysia apabila mereka mara
1.5 kilometer dari tempat mereka
berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri berkata beliau telah
memberi mandat kepada Ketua Polis Negara
dan Panglima Angkatan Tentera untuk
mengambil sebarang tindakan terhadap
kumpulan penceroboh bersenjata itu dan
tiada kompromi lagi.
Najib turut mengesahkan dua anggota
keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi
cedera manakala 10 hingga 12 anggota
kumpulan penceroboh itu terbunuh.
"Mereka (polis dan tentera) akan diberi
kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan
apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi
kumpulan ini mesti ditumpaskan dan
mereka mestilah diambil tindakan yang
sepatutnya," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
"(Kini) sama ada mereka (penceroboh)
menyerah diri atau mereka terima apa jua
kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.
Perdana Menteri berkata kumpulan itu kini
dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera
laut negara telah meningkatkan tahap
keselamatan di perairan bagi mengelakkan
kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut
melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu
kerana sepatutnya pertumpahan darah
mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini
negara kehilangan dua anggota
keselamatan. -BERNAMA

 -berikut adalah peristiwa sejarah pahit kepada Negeri di bawah Bayu SABAH- 
 LAHAD DATU: Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera di Lahad Datu.

Terkorban:
1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Cedera:
1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI


Aktiviti harian terjejas:
Hampir semua kedai di LD ditutup dan penutupan sesi persekolahan juga ditutup untuk keselamatan penduduk LD.


kemelut/komplot di Semporna sabah. 2 MAC 2013

Rakyat Sabah dilanda kerisauan berhubung dengan masalah ini dan ada sesetengah orang yang suka menunding jari membuat andaian dan mengeruhkan lagi keadaan menyebarkan maklumat yang salah.
seramai 8 orang pejuang yang gugur mempertahankan sabah.
walau bagaimanapun, perjuangan Mereka amatlah dihargai dan dingati selama-lamanya. Tanpa mereka tanah air tidak aman dan selamat dari kuasa dunia luar. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada setiap diri kita bahawa sikap bersatu hati dalam mempertahankan kedaulatan Negara amatlah penting. TERIMA KASIH PEJUANG-PEJUANG NEGARA..semoga Allah memberkati setiap kerja ikhlas kamu semua...

disini ada sedikit sebanyak sumber yang saya dapat Info Kronologi SABAH..
 -sejarah lama -


Ulasan sebahagian petikan  :

Kemerdekaan North Borneo(Sabah) telah dipersetujui melalui Perjanjian Manila pada 31 Julai 1963 oleh Tun Abdul Razak(Timbalan Perdana Menteri Gagasan Malaysia),Dr. Subandrio(Menteri luar Indonesia),Emmanuel Pelaez(Naib Presiden/Setiausaha Menteri Luar Filipina).

Adalah penting untuk menghormati pemilihan org-org North Borneo untuk memilih sama ada mahu bersama-sama Filipina atau Malaysia .(1963 election)

Kerana perjanjian Manila 1963 serta pemilihan oleh orang-orang North Borneo, maka secara rasminya sejarah bahawa North Borneo milik Flipina adalah tidak boleh diguna pakai lagi.


HAPUSKAN PENCEROBOH YANG MENGUGAT KEAMANAAN NEGARA!

LAUTAN DAN DARAT DIKEPUNG SEKAT
BEKALAN MAKANAN KEPADA MUSUH - HAMZA
Kuala Lumpur, 7 Mac - Pasukan keselamatan
mengadakan kepungan di laut dan darat
bagi mengekang kemasukan bekalan
makanan dan persenjataan kepada
kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib
berkata pihak keselamatan turut menangkap
penceroboh yang cuba masuk dan keluar
daripada Kampung Tanduo serta Tanjung
Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.
"Kita telah mengadakan kepungan setakat
ini, jika mengikut jalan laut, kita telah
mengadakan kerjasama erat dengan
pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera
Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja
Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan
di lautan dan di darat.
"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat
masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita
dapati yang mereka nak masuk dan nak
keluar, kita berjaya menangkap mereka,"
katanya ketika ditemu bual menerusi
program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3
yang disiar secara langsung, di sini hari ini.
Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina
itu yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda
Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak
keselamatan negara sejak 12 Feb dalam
usaha kerajaan menyelesaikannya secara
aman.
Namun, pada 1 Mac kumpulan terbabit
menyerang pihak keselamatan yang
mengorbankan dua anggota polis komando
VAT 69 dan sehari selepas itu enam lagi
anggota polis terkorban
dalam serangan hendap di sebuah
perkampungan di Semporna, juga angkara
kumpulan penceroboh.
Mengenai kumpulan penceroboh yang
dipercayai menyamar sebagai orang awam
susulan tindakan ofensif pihak keselamatan
kelmarin, Hamza berkata pihaknya
mengadakan kepungan di Kampung Tanjung
Batu bagi memastikan tiada orang awam di
situ sebelum serangan dilakukan.
"Kalau ada jalan keluar pun, 'the only way
out' ialah ikut jalan laut.
Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud
cabaran) kerana kita berhadapan dengan
manusia, jadi masing-masing ada tipu
helah," katanya.
Berhubung penahanan empat suspek lelaki
yang dipercayai mempunyai kaitan dengan
kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya
Simunul, Semporna, Hamza berkata polis
masih menyiasat sejauh mana penglibatan
suspek dengan kumpulan berkenaan.-
BERNAMA

Ops Daulat Lintas Langsung dari Lahad Datu hari ini : Pertempuran di kawasan bekenaan pada petang semalam dan pagi hari ini mengorbankan 31 org penceroboh. Ops daulat merangkumi Kg. Tanduo, Tanjung Batu dan Labian. Kemaskini penceroboh yang terkorban adalah 52 orang. Pihak Malaysia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang pertumpahan darah melainkan menyeru agar penceroboh tersebut menyerah diri tanpa syarat.
#Ketua Polis Negara
#Panglima Angkatan Tentera


pihak berkuasa masa dalam meneruskan perjuangan mereka dalam membenteras penceroboh.. sehinggalah hari ini 10-03-2013 .. PRAY FOR SABAH ..GOD BLESS!!

No comments:

Post a Comment